LAMAN UTAMA PROFIL GURU BESAR TESTIMONIAL HUBUNGI KAMI CARA PEMBAYARAN

RAWATAN PERUBATAN ISLAM HIDAYAT JATI

PENGERTIAN RUQYAH


RUQYAH SYAR'IYYAH

Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.

 

RUQYAH SYIRQIAH

Ruqyah Syirqiah adalah mantera,jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirqiah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yangmelakukannya akan mendapt laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

 

HUJJAH SYAR’I TENTANG RAWATAN DAN PERUBATAN:

 

“Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapuskan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Marilah bersama-sama kita telusuri hukum at-tadawi (berubat) itu sendiri; apakah berubat hukumnya wajib, mandub (sunnah), mubah (harus) atau makruh? Agar kita dapat menetapkan hukum berdasarkan bukti yang nyata, maka harus dikaji dalil-dalil yang ada dalam masalah berubat.


“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit , kecuali Dia menurunkan ubat baginya”
(Riwayat Imam Bukhari)

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka jika ubat yang ada sesuai dengan penyakitnya, akan sembuhlah penyakit itu dengan seizin Allah” (Riwayat Imam Muslim)

 

 

Usamah bin Syuraik, dia berkata,

 

“Aku pernah bersama Nabi, lalu datanglah orang-orang Badwi. Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?’ Maka Nabi menjawab: “Ya. Hai hamba-hamba Allah, berubatlah kalian, sebab sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidaklah menciptakan penyakit kecuali menciptakan pula ubat baginya..” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)


Hadis - hadis di atas mengandungi suatu pemberitahuan (ikhbar) bahawa Allah swt. telah menurunkan penyakit dan ubatnya, dan sesungguhnya bila ubat itu sesuai dengan penyakit tersebut maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah. Tentulah orang yang berpengetahuan dalam bidang perubatan adalah yang mengetahui kaedah rawatan mengikut kesesuaiannya.


Seruan dalam hadis-hadis diatas adalah berbentuk perintah dan petunjuk. Perintah itu pula hanya memberi makna adanya tuntutan, dan tidak membawa makna adanya kewajiban kerana tiada perintah yang bersifat pasti (jazim). Bererti bahawa tuntutan berubat bukan perintah yang wajib. Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan bolehnya (mubah) untuk tidak berubat, yang menafikan adanya perintah yang membawa hukum wajib pada dua hadis di atas.


“Akan masuk syurga dari kalangan umatku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab, ‘Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menggunakan dengan ruqyah (berubat dengan doa-doa), tidak bertathayyur (menyalahkan orang lain bila terkena kesialan/musibah), dan tidak menggunakan kay ( berubat dengan menempelkan besi panas pada penyakit). Dan kepada Tuhan merekalah orang-orang itu bertawakal” (Riwayat Imam Muslim)

Ibnu Abbas ra, dia berkata:

“Perempuan hitam itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, ‘Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan (epilepsy) dan sering tersingkap auratku (ketika aku diserang sawan). Berdoalah kepada Allah agar aku sembuh!’

 

Nabi saw berkata, ‘Jika kamu mahu (balasan yang baik), kamu bersabar dan akan mendapat syurga. Jika tidak mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’ Perempuan itu berkata,

‘ Baiklah, aku akan bersabar,’ lalu dia berkata lagi, ‘Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawanku berulang), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak tersingkap.’ Maka Nabi berdoa untuknya” (Riwayat Imam Bukhari)


Dalam hadis yang kedua, Rasulullah telah memberikan pilihan kepada seorang perempuan hitam samada untuk bersabar terhadap penyakit sawan yang dideritainya dan dijanjikan syurga , atau menerima usaha Rasululah saw berdoa agar sembuh dari penyakit sawan. Semuanya ini menunjukkan kebolehan untuk tidak berubat.


Dengan demikian, dua hadis ini telah memalingkan perintah untuk berubat iaitu dari pengertian kepada hukum wajib. Namun kerana adanya penekanan yang kuat dari Rasulullah saw untuk berubat, maka kesimpulannya perintah untuk berubat yang terdapat dalam hadis-hadis itu hukumnya adalah sunnah (mandub).



Kami ada menyediakan rawatan seperti di bawah:


  1. GANGGUAN ALAM GHAIB
  2. GANGGUAN MAKHLUK HALUS
  3. MASALAH KERJA
  4. MASALAH PERNIAGAAN
  5. MASALAH ANAK
  6. BUANG SAKA
  7. KERASUKAN 
  8. LAMBAT JODOH
  9. SERING GAGAL DALAM URUSAN
  10. PENDINDING 
  11. PELARIS 
  12. PENGASIH 
  13. TERKENA ILMU HITAM, SIHIR, SANTAU
  14. PELARIS DIRI
  15. DLL MASALAH

  

WAKTU RAWATAN
ISNIN-AHAD 5pm-11pm
Sila sms ke 012-8981070 untuk temujanji.

  
BOLEH SECARA HADIR ATAU JARAK JAUH
Jika JARAK JAUH, Sila telefon/sms saya terlebih dahulu :
012-8981070 (Master Khairul)

 


Semua Program Keilmuan Tenaga Dalam & Ilmu Hikmah Hidayat Jati
Baik Datang Langsung Mahupun Jarak Jauh
Akan Dibimbing & diijazahkan oleh:
Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar
Guru Besar Hidayat Jati Spiritual Development Centre
FOUNDER & DIRECTOR OF SPIRITUAL  HEALING SYSTEM
MASTER OF HIDAYAT JATI INNER POWER MARTIAL ARTS
GURU PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL MELAYU DAN TENAGA DALAM INSANI
GURU TENAGA DALAM KAROMAH HAQQUL YAKIN
GURU AGUNG (PAMUNGKAS) HAQQUL YAKIN
MAHAGURU LAM JALALAH

Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre mempunyai lebih dari 1000 keahlian Tenaga dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah dari seluruh pelusuk di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak), Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain.



Tenaga Dalam Gerak Hidayah (Super Hot)
Penyembuhan Islam (Hot)
Nurul Hidayah Akbar Makrifat Billah (Super Hot)
Tenaga Dalam Asmaul Husna (Super Hot)
Pengasihan Raja Ulung Tingkat Tinggi (Hot)
Pernafasan Super Bio-Elektrik 
Meditasi Al-Hikmah Nur Hidayah Ilahi 
Hipnotis Melayu Tingkat Tinggi 
Mustika Karomah Mustika Hidayah Ilahi 
Jalur Kerezekian Agung Tingkat Tinggi 


Ilmu Warisan Leluhur (Hot)
Ilmu Pendekar Melayu (Hot)
Ilmu Pelbagai Fungsi
Ilmu Mahabbah (Hot)
Ilmu Keselamatan Diri
Ilmu Firasat Bathin
Ilmu Kerezekian Kubro
Ilmu Pagar Ghoib Khusus
Ilmu Pengubatan Hikmah
Ilmu Halimunan


Kapsul Bio-Energy (Hot)
Minyak Pengasihan Mahabbah (Super Hot)
Minyak Aura Nur Mahabbah
Terapi Mandi Aura Nur Hidayah
Terapi Mandi Aura Pamungkas


Bahaya Menabur Fitnah (Wajib Baca)
Kehebatan Al-Quran
Tanda-Tanda Gangguan Sihir
Tenaga Dalam VS Tenaga Sihir