LAMAN UTAMA PROFIL GURU BESAR TESTIMONIAL HUBUNGI KAMI CARA PEMBAYARAN

PROFIL GURU BESAR HIDAYAT JATI SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE

Hidayat  Jati  Spiritual  Development Centre didirikan di Bandar Sibu, Sarawak, Malaysia, pada penghujung tahun 2007 oleh Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar. Beliau mula mendalami keilmuan ini sejak tahun 2005. Beliau adalah seorang yang begitu serius menekuni bidang spiritual, meditasi, kuasa minda, tenaga dalam, bela diri, motivasi, terapi alternatif  dan pengubatan herba bermula dari tahap anak murid (dari tahap dasar keilmuan) dan kini, telah diberi kepercayaan sepenuhnya berdikari dengan dilantik menjadi guru besar dan membuka pusat pelatihan sendiri. Dengan tertubuhnya Hidayat Jati Spiritual Development Centre serta beberapa keilmuan yang tersusun, ternyata ia mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat kerana mudah difahami tanpa memandang Suku, Agama atau Ras. Misi utama Hidayat Jati Spiritual Development Centre adalah memberikan suatu konsep pemahaman yang benar tentang kemampuan bawah sedar manusia beserta aplikasi dan method pelatihannya kepada masyarakat umum. Sehingga masyarakat tidak lagi terperangkap dalam pemahaman tradisional yang menganggap aplikasi kemampuan bawah sedar sebagai suatu bentuk kegiatan klenik, mistis dan perdukunan.

Dengan pengorbanan yang terlalu banyak menyumbang tenaganya, akhirnya kini beliau telah berjaya memperkenalkan Hidayat Jati Spiritual Development Centre dimata dunia dengan jumlah keahlian di Hidayat Jati Spiritual Development Centre telah mencecah lebih dari 900  orang di seluruh pelusuk Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan lain-lain.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada Guru Mursyid Anugerah Agung Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. kerana  telah  banyak membantu  dan  memberi galakan kepada  kami  di Hidayat  Jati  Spiritual  Development Centre. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan khidmat nasihat beliau sehingga tertubuhnya Hidayat Jati Spiritual Development Centre.

Manusia merupakan makluk kejadian Allah yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Bagaimanakah manusia menggunakan potensi yang sungguh hebat itu untuk membina kejayaan? Bergabunglah bersama kami. Kami bersedia membantu membongkar rahsia yang maha dahsyat pada diri anda.


MOTTO HIDAYAT JATI SDC
Beramal, Berilmu, Sihat




Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre mempunyai lebih dari 1000 keahlian Tenaga dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah dari seluruh pelusuk di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak), Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain.



Tenaga Dalam Gerak Hidayah (Super Hot)
Penyembuhan Islam (Hot)
Nurul Hidayah Akbar Makrifat Billah (Super Hot)
Tenaga Dalam Asmaul Husna (Super Hot)
Pengasihan Raja Ulung Tingkat Tinggi (Hot)
Pernafasan Super Bio-Elektrik 
Meditasi Al-Hikmah Nur Hidayah Ilahi 
Hipnotis Melayu Tingkat Tinggi 
Mustika Karomah Mustika Hidayah Ilahi 
Jalur Kerezekian Agung Tingkat Tinggi 


Ilmu Warisan Leluhur (Hot)
Ilmu Pendekar Melayu (Hot)
Ilmu Pelbagai Fungsi
Ilmu Mahabbah (Hot)
Ilmu Keselamatan Diri
Ilmu Firasat Bathin
Ilmu Kerezekian Kubro
Ilmu Pagar Ghoib Khusus
Ilmu Pengubatan Hikmah
Ilmu Halimunan


Kapsul Bio-Energy (Hot)
Minyak Pengasihan Mahabbah (Super Hot)
Minyak Aura Nur Mahabbah
Terapi Mandi Aura Nur Hidayah
Terapi Mandi Aura Pamungkas


Bahaya Menabur Fitnah (Wajib Baca)
Kehebatan Al-Quran
Tanda-Tanda Gangguan Sihir
Tenaga Dalam VS Tenaga Sihir