LAMAN UTAMA PROFIL GURU BESAR TESTIMONIAL HUBUNGI KAMI CARA PEMBAYARAN

KEHEBATAN AL-QURAN

Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala Al Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
 
Peristiwa nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud :

             " Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )

 
Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Ia dinamakan mukjizat teragung kerana kehebatannya. Antaranya ialah :

  1. Allah berfirman yang bermaksud :  " Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri." ( Surah Al Isra' : 88 )
  2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
  3. Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat
  4. Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud : " Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar." ( Surah Al Baqarah : 23 )
  5. Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
  7. Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud : " Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. " ( Surah Al Baqarah : 22 )
  8. Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya : " Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "

 
Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
  2. Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya

 
Beberapa peringatan untuk kita bersama :

  1. Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan
  2. Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim
  3. Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah
  5. Pesan Nabi Muhammad S.A.W : " Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Al-Quran menjadi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki-Nya. Ramai mendapat nur Islam bermula dengan mendengar bacaan Al-Quran. Saidina Umar memeluk Islam selepas mendengar bacaan Al-Quran. Hatinya yang dulu keras menolak Islam, cair dan lemah serta merta apabila mendengar ayat suci Al-Quran.

Kekuatan dan keagungan Al-Quran tiada bandingannya. Sesungguhnya, kandungan Al-Quran tidak mampu dicipta oleh manusia. Bahkan, tidak mungkin ada satu ayat ciptaan manusia yang menandingi ayat Al-Quran. Allah menegaskan betapa biarpun manusia berkumpul dan menggabungkan fikiran serta saling membantu, tidak mungkin manusia dapat melakukannya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-Isra, ayat 88).

Perbahasan dan kajian terhadap kandungan Al-Quran tidak akan selesai. Pemikiran manusia tidak mampu memahami atau menafsirkan perkataan demi perkataan atau ayatnya dengan sepenuhnya.

Perkataan ringkas "alif, lam, mim" masih belum diungkaikan maksudnya. Inikan pula dalam perkara yang jelas rumit yang tidak mungkin mampu difikirkan oleh manusia.

Bagaimanapun, keterbatasan pemikiran manusia menafsir Al-Quran bukan halangan untuk manusia mengambil manfaat daripadanya. Bahkan, itulah satu kelebihan mukjizat yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW dan seluruh umatnya.

Seluruh umat Islam menggunakan bahasa yang sama, bahasa Arab, untuk membaca Al-Quran, biarpun bahasa pertuturan harian mereka menggunakan bahasa lain. Membacanya memberi satu kekuatan rohani.

Begitulah kehebatan Al-Quran, orang sanggup bersengkang mata membacanya, biarpun tidak memahami kandungnya. Bacaan diulang-ulang, sehingga ada sudah mengulang membaca keseluruhan Al-Quran berpuluh dan beratus-ratus kali.

Sekiranya Al-Quran hanya sekadar sebuah buku biasa, tidak akan ada manusia di dunia ini yang sanggup membaca, sedangkan tidak memahaminya.

Kandungan al-Quran tidak perlu ditukarkan kepada bahasa lain, semata-mata untuk menarik minat orang membacanya. Ia berbanding dengan kitab agama lain yang boleh diterjemah atau diubah-ubah mengikut sesuka hati.

Kandungan Al-Quran tetap asli dan tidak mungkin diubah sampai ke hari kiamat. Al-Quran terus memenuhi dada-dada orang Muslim yang menghafal dan membacanya.

Kehebatan kandungan Al-Quran mendorong bukan Islam mengkajinya. Semakin banyak penemuan sains berjaya dikaji, semakin jelas kebenaran al-Quran di sisi orang bukan Islam. Ketika pakar sains merayakan kejayaan penemuan mereka, sebenarnya perkara itu tercatat dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.

Ketepatan kandungan Al-Quran berdasarkan kepada kejadian alam yang dibongkar oleh ahli sains, membuktikan Al-Quran bukan ciptaan Nabi Muhammad. Tidak mungkin bagi seorang yang buta huruf seperti Rasulullah SAW dapat mencipta kandungan Al-Quran yang mengandungi kenyataan berkaitan sains dan teknologi.

Bahkan, tidak munasabah untuk mengatakan manusia yang hidup lebih 1,400 tahun lalu mengetahui mengenai penemuan sains yang memerlukan kajian dan penggunaan alatan canggih.

Perkara ini tidak sukar diterima oleh orang beriman. Allah Maha Pencipta. Dialah mencipta semua makhluk di dunia ini. Jadi, Dia dapat menceritakan dengan jelas bagaimana proses setiap kejadian dengan tepat.


Malah sebahagian kandungan Al-Quran yang menyatakan mengenai kejadian alam, adalah bukti kewujudan Allah dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad.

Pengkaji Barat yang selama ini bermegah dengan doktrin bahawa agama dan sains terpisah, terpaksa mengakui kebenaran Al-Quran. Agama Islam adalah panduan dan cara hidup. Sebab itu, Al-Quran memberikan gambaran menyeluruh berkaitan kehidupan manusia.

Disebabkan kandungan Al-Quran tidak mampu dijelaskan sepenuhnya oleh sesiapa, maka ia memberi peluang untuk manusia sepanjang masa tidak putus-putus membongkar segala rahsia yang terkandung di dalamnya.

(dipetik di laman web JAIS dan Ukhwah)


Semua Program Keilmuan Tenaga Dalam & Ilmu Hikmah Hidayat Jati
Baik Datang Langsung Mahupun Jarak Jauh
Akan Dibimbing & diijazahkan oleh:
Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar
Guru Besar Hidayat Jati Spiritual Development Centre
FOUNDER & DIRECTOR OF SPIRITUAL  HEALING SYSTEM
MASTER OF HIDAYAT JATI INNER POWER MARTIAL ARTS
GURU PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL MELAYU DAN TENAGA DALAM INSANI
GURU TENAGA DALAM KAROMAH HAQQUL YAKIN
GURU AGUNG (PAMUNGKAS) HAQQUL YAKIN
MAHAGURU LAM JALALAH

Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre mempunyai lebih dari 1000 keahlian Tenaga dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah dari seluruh pelusuk di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak), Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain.



Tenaga Dalam Gerak Hidayah (Super Hot)
Penyembuhan Islam (Hot)
Nurul Hidayah Akbar Makrifat Billah (Super Hot)
Tenaga Dalam Asmaul Husna (Super Hot)
Pengasihan Raja Ulung Tingkat Tinggi (Hot)
Pernafasan Super Bio-Elektrik 
Meditasi Al-Hikmah Nur Hidayah Ilahi 
Hipnotis Melayu Tingkat Tinggi 
Mustika Karomah Mustika Hidayah Ilahi 
Jalur Kerezekian Agung Tingkat Tinggi 


Ilmu Warisan Leluhur (Hot)
Ilmu Pendekar Melayu (Hot)
Ilmu Pelbagai Fungsi
Ilmu Mahabbah (Hot)
Ilmu Keselamatan Diri
Ilmu Firasat Bathin
Ilmu Kerezekian Kubro
Ilmu Pagar Ghoib Khusus
Ilmu Pengubatan Hikmah
Ilmu Halimunan


Kapsul Bio-Energy (Hot)
Minyak Pengasihan Mahabbah (Super Hot)
Minyak Pengasih Akar Cenuai
Minyak Pengasih Buluh Perindu
Minyak Pelaris Bertap Emas
Minyak Pengasih Pamungkas (Hot)
Minyak Aura Nur Mahabbah
Terapi Mandi Aura Nur Hidayah
Terapi Mandi Aura Pamungkas


Bahaya Menabur Fitnah (Wajib Baca)
Kehebatan Al-Quran
Tanda-Tanda Gangguan Sihir
Tenaga Dalam VS Tenaga Sihir